free css templates

Asas Enjin Kenderaan

Untuk memahami punca masalah kenderaan anda, mari kita lihat komponen asas enjin. Enjin kenderaan lazimnya menghasilkan tenaga mekanikal melalui pembakaran bahan api.

Bahan api akan dicampurkan dengan udara dan dibakar di dalam silinder. Pembakaran ini akan menghasilkan gas panas yang menggerakkan omboh dan seterusnya menjana kuasa mekanikal.  

Untuk memastikan pembakaran ini berlaku, ada 3 sistem utama yang perlu berfungsi. Jika salah satu sistem ini terhenti atau rosak, pembakaran tidak dapat berlaku dan enjin akan mati

Sistem Bahan Api

Sistem ini membekalkan bahan api dalam kuantiti yang diperlukan kedalam silinder. Komponen utama sistem ini adalah tangki bahan api, filter, fuel pump, fuel rail dan injector. Bagi enjin lama, fungsi injector ini dijalankan oleh karburetor. 

Disebabkan sistem ini sukar diakses, tidak ada penyelenggaraan berjadual khusus dibuat. Penapis bahan api hanya diganti setiap 2-3 tahun ataupun apabila luaran telah berkarat.

Sistem Penyalaan (Ignition System)

Sistem ini membekalkan nyalaan kepada campuran bahan api yang masuk kedalam silinder. Komponen asas sistem ini adalah Palam Pencucuh (Glow Plug bagi enjin Diesel) Ignition Coil, Distributor cap dan Spark Plug Cable. Untuk enjin teknologi baru, setiap ignition coil berada di atas palam pencucuh dan cable tidak diperlukan. Penyelenggaraan sistem ini biasanya dibuat setiap 40,000 km

Sistem Intake Udara

Sistem ini membolehkan udara diluar disedut masuk kedalam silinder pembakaran. Sistem ini mengandungi komponen penapis udara , Flow Sensor, Throttle Body dan Manifold. Udara yang disedut perlu bersih dari debu dan habuk dan kuantitinya dikawal oleh throttle Body. Untuk enjin petrol lama, fungsi ini dijalankan oleh karburetor yang juga mencampurkan bahan api kedalam udara ini.  Penyelenggaraan sistem ini biasanya dibuat setiap 20,000 km

Jika diperhatikan, Sistem Bahan Api tidak mempunyai jadual penyelenggaraan yang khusus walaupun beban kerja sama seperti sistem lain.

Inilah salah satu punca utama kenderaan kita mengalami masalah yang sukar diselesaikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, klik sini