how to build your own site for free

Punca Masalah Sistem Bahan Api

Kebanyakan masalah berpunca daripada bahan api yang kotor dan tercemar. Bahan api terdedah kepada banyak punca pencemaran semasa proses penghantaran dari kilang penapisan, depoh , stesen minyak hinggalah ke tangki kenderaan anda. Pasir, debu, air dan bahan kimia lain boleh tercampur dan mendatangkan masalah.

Walaupun syarikat minyak mempunyai sistem pemantauan, ini tidak bermakna pencemaran ini dihalang 100%. Bahan cemar ini tetap terlepas didalam kuantiti yang sedikit. Dan akhirnya pencemaran ini akan terkumpul di dalam tangki bahan api anda.

Bahan cemar ini kebanyakannya akan diperangkap oleh fuel filter, namun saiznya yang kecil dan sela masa penukaran yang lama menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Penggunaan filter tiruan juga mempengaruhi pencemaran ini kerana filter tiruan tidak dapat menapis bahan cemar yang halus.

Bahan cemar ini akan memasuki karburetor dan injector anda. Bahan inilah yang akan terbakar dan menjadi mendakan karbon yang amat ditakuti oleh pemandu. Lihat kesan bahan cemar ini dibawah

INJECTOR TERSUMBAT

Bahan cemar ini akan melekat di kepala injector dan membentuk lapisan varnish. Lapisan ini akan memerangkap bahan cemar lain, asap dan karbon. Lama kelamaan kotoran ini akan mempengaruhi semburan injector dan menjadikan ia tidak sekata dan akhirnya tersumbat





Enapan Karbon

Apabila Injector kotor dan semburan tidak sekata, pembakaran tidak sempurna akan berlaku. Pembakaran ini akan mengeluarkan banyak asap dan jelaga. Asap ini akan melekat di dalam dinding silinder, valve dan piston. Enapan karbon ini akan menjadi semakin tebal dan akan meningkatkan compression ratio enjin. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah lain seperti compression ring dan valve seal bocor.

INJECTOR SEMPURNA

Injector yang berfungsi dengan baik mempunyai semburan yang halus. Semburan halus ini menjadikan bahan api terbakar dengan sempurna dan menghasilkan tenaga yang tinggi. Kuasa yang terhasil dan penggunaan bahan api juga optimum. 


INJECTOR TERSUMBAT

Injector yang tersumbat akan memberikan semburan yang tidak sekata. Semburan tidak sekata inilah yang menyebabkan banyak masalah. Bahan api yang disemburkan tidak akan terbakar dengan sempurna malah dalam keadaan ekstrem tidak akan terbakar.  

Kuasa enjin juga akan berkurangan dan kereta akan hilang pickup dan juga tidak responsif. Enjin akan semput dan bergegar, semuanya berpunca dari injector yang tersumbat.

Yang menyedihkan, masalah ini semuanya terjadi di dalam enjin dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walaupun sudah diservis, kenderaan anda masih lembab, tidak ada pickup dan makan minyak.