html templates

Penyelenggaraan Sistem Bahan Api 

Didalam sistem bahan api, terdapat komponen yang kritikal dan yang tidak kritikal. Komponen kritikal adalah komponen yang akan menggangu prestasi enjin. Komponen ini adalah Fuel Filter, Karburetor dan juga Injector.

Komponen seperti tangki, fuel pump dan fuel rail tidak menggangu prestasi enjin. Jika komponen ini bermasalah enjin tidak dapat dihidupkan langsung dan perlu diperiksa.  

Memeriksa Sistem Lain

Sebelum menyelenggara sistem bahan api,  mekanik akan memeriksa sistem intake dan sistem ignition terlebih dahulu. Ini disebabkan sistem tersebut mudah diakses dan kos untuk menyelenggaranya rendah.

Namun, Jika sistem tersebut sudah diperiksa dan kenderaan anda masih lagi menunjukkan simptom, kita perlu mengalihkan perhatian kepada sistem bahan api. 

Menukar Fuel Filter

Komponen pertama yang akan diperiksa dan diganti adalah Fuel Filter. Walaupun jangka hayatnya boleh melebihi 2 tahun, dalam keadaan kereta bermasalah adalah wajar untuk menggantikan Fuel Filter baharu. Fuel Filter yang tersumbat akan mengurangkan tekanan di dalam Fuel Rail dan juga Injector.

Jika anda telah menggantikan Fuel Filter dan masalah tetap ada, kita perlu memeriksa komponen seterusnya iaitu Karburetor (jika ada) dan Injector.

Membersihkan Karburetor

Untuk membersihkan karburetor, ia biasanya dibuat secara manual. Mekanik akan menanggalkan housing air filter dan meyemburkan bahan pembersih kedalam karburetor untuk menanggalkan kotoran.

Untuk pembersihan mendalam, karburetor akan ditanggalkan dan dibuka untuk membersihkan komponen dalaman seperti Pilot Jet, Main Jet dan Tank.

Teknik pembersihan ini mengambil masa yang lama dan ia bergantung kepada kecekapan dan ketelitian mekanik kerana selepas dipasang semula, karburetor perlu disetting untuk mendapatkan nisbah udara : bahan api yang optimum.

Pemeriksaan Injector

Bagi kenderaan yang tidak mempunyai karburetor, langkah seterusnya adalah untuk memeriksa fungsi asas injector. Injector adalah komponen elektronik dan ia sensitif kepada litar pintas. Bendasing yang tersekat di dalam ruang injector boleh menyebabkan solenoid di dalam injector terbakar.

Mekanik akan memeriksa injector menggunakan multimeter dan jika bacaan diperolehi, injector masih berfungsi. Langkah seterusnya adalah untuk membersihkan injector.

Jika semua langkah diatas telah dilakukan tetapi masalah tetap timbul, langkah terakhir yang akan dijalankan adalah membersihkan injector.
Langkah ini adalah melibatkan kos yang agak tinggi dan masa yang agak lama. Ada 4 cara untuk membersihkan injector :

ULTRA SONIC CLEANING

Injector akan dicabut dan direndam di dalam mesin Ultra Sonic Cleaner beserta bahan pencuci. Selepas itu ia akan dipasang dalam mesin pembersihan dan dioperasikan untuk membersihkannya. Injector akan diuji sebelum dipasang semula. Proses ini biasanya memakan masa 1-2 hari dan bergantung kepada mesin.  Kos untuk membersihkan injector menggunakan mesin ultrasonic adalah dari RM300 untuk kereta 3 silinder hingga melebihi RM1000 untuk kenderaan diesel.

PEMBERSIHAN SECARA MANUAL

Cara kedua adalah pembersihan secara manual. Injector akan dicabut dan direndam di dalam cleaning solution. Kepala injector akan dicuci secara memberus dan disembur dengan bahan pencuci. Injector akan disambung ke bateri dan arus dijalankan untuk mencuci bahagian dalaman.

Kaedah ini memberikan hasil yang berbeza-beza kerana ia bergantung kepada kecekapan mekanik dan juga masa yang ada. Biasanya ia akan mengambil masa 2-3 hari. Pengujian dan kalibrasi juga tidak dapat dijalankan. 

Kos untuk membersihkan injector secara manual adalah tidak tetap dan bergantung kepada mekanik. 

PENGGANTIAN TERUS

Cara ini adalah cara paling mudah dilakukan. Injector akan digantikan dengan komponen baru. Injector baru terjamin prestasinya dan tidak akan memberikan sebarang masalah.

Namun kaedah ini merugikan anda kerana jangkahayat injector sebenarnya boleh melebihi 300,000km dan kebanyakannya hanya kotor. Anda juga terdedah kepada risiko injector tiruan.

MENGGUNAKAN INJECTOR CLEANER

Melalui teknik ini, additif bahan api yang mempunyai fungsi pencuci akan dimasukkan kedalam tangki . Additif ini akan bercampur dan membersihkan injector semasa enjin berjalan. Kaedah ini mudah dibuat tetapi dan menjimatkan masa kerana komponen enjin tidak perlu dibuka dan kereta boleh digunakan sepanjang proses pembersihan.

Kelemahan cara ini adalah injector tidak dapat dibersihkan sepenuhnya, sekitar 70%-80%  sahaja. Antara contoh produk pembersih ada di sini

Cara terbaik untuk mencuci injector bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah kewangan,masa dan juga kemudahan mesin yang boleh digunakan
  1. Berdasarkan pengalaman kami, cara terbaik adalah menggunakan Ultrasonic Cleaner akan tetapi realitinya mesin pencuci tersebut sukar untuk diperolehi. Masa yang perlu dihabiskan juga adalah panjang, menjangkau 1 minggu. Untuk kebanyakan orang, ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilaksanakan.
  2. Pilihan kedua adalah menggunakan  Injector Cleaner. Walaupun ia tidak memberikan hasil 100%, prestasinya memuaskan dan berbaloi dengan kos dan masa yang dijimatkan.
  3. Pembersihan manual juga bagus, tetapi ia bergantung kepada kesanggupan mekanik dan juga kecekapan mereka. Disebabkan masa yang perlu diambil adalah agak lama dan komponen elektronic seperti injector memerlukan pengendalian cermat, ramai mekanik tidak mahu melakukan kerja ini.  
  4. Ada sesetengah mengesyorkan penggantian Injector tetapi ini seharusnya langkah terakhir kerana ia melibatkan kos yang besar. Seharusnya ia dibuat jika benar-benar injector rosak. Anda juga perlu berhati-hati kerana ada banyak injector tiruan dan juga yang tidak berkualiti dalam pasaran
Jika anda telah melakukan kesemua langkah penyelenggaraan diatas dan masalah masih lagi timbul, anda mungkin perlu melakukan overhaul keatas enjin anda. Walaupun kosnya ribuan ringgit, ia akan membolehkan mekanik mencari masalah sebenar kenderaan anda.